
SIAPA yang tidak kenal dengan jutawan kosmetik, Dato’ Seri Vida yang begitu kaya-raya orangnya.
Tambahan lagi, produknya sekarang ni semakin hangat di pasaran. Laris seperti pisang goreng panas!
Baru-baru ini, Cik B, anak kepada jutawan kosmetik ini berjaya menarik perhatian ramai netizen melalui satu video yang dimuat naik oleh Vida di laman Instagram miliknya.
Menerusi video itu, memaparkan gadis itu memberi amaran dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap lelaki-lelaki yang ingin mengajak ibunya berkahwin.
“Ini perisai saya! Jangan sesiapa berani dekat dengan mama, nak kahwin dengan mama. Saya tak bagi! Siapa-siapa pun… Semua tu nak perhatian, nak duit. Saya tahu la.
“Kenapa nak kahwin dengan mak saya? Nak glemer? Nak kaya? Nak duit?”selorohnya dengan nada tidak puas hati.
Video yang mendapat lebih daripada 500,000 tontonan itu mendapat reaksi netizen yang pelbagai di mana rata-rata antara mereka terhibur dengan telatah anak gadis jutawan itu.
Dalam pada itu, netizen begitu kagum dengan sikap berani Cik B untuk menyuarakan isi hati kepada orang ramai demi melindungi ibunya.


Anak mana tak sayang ibu kan? Anak mana yang nak tengok ibu sendiri disakiti?
Apa-apa pun part beatbox tu memang terbaik Cik B! Bolehlah kot ajar hakak lepas ni…
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor