
Hebei - Seorang lelaki terpaksa menahan sakit selepas cawan rawatan bekam yang dilakukannya sendiri terlekat pada badannya.
Lelaki yang dikenali sebagaiu Hu itu melakukan rawatan bekam sendiri di rumahnya di Wuhan, Hebei untuk merawat sakit belakang yang dialaminya, lapor Wuhan Evening News.
Dia membeli cawan bekam yang kebiasaanya digunakan dalam rawatan tradisonal diamalkan masyarakat China sejak ribuan tahun lalu.
Malangnya, ketika menanggalkan cawan-cawan berkenaan, salah satu daripadanya tersekat lebih 5cm kedalam kulitnya, menyebabkan pendarahan, kata keluarga mangsa kepada akhbar tempatan.
Mereka cuba menanggalkan cawan berkenaan dengan tukul dan playar sebelum ini malah doktor juga tidak berjaya berbuat demikian sehingga memaksa mereka mendapat bantuan daripada pihak bomba.
Empat anggota bomba membantu mangsa dengan membuat lubang pada bahagian atas cawan dengan gergaji untuk mengurangkan tekanan dan memudahkan mereka mencabutnya.
Hu melahirkan rasa lega selepas cawan berkenaan berjaya ditanggalkan dan berkata insiden berkenaan tidak menghalangnya untuk melakukan rawatan itu lagi selepas ini dan berjanji akan lebih berhati-hati.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor