
Kejam.. Hanya kerana isterinya lambat menghidangkan makan malam, seorang lelaki warga emas telah menembak mati isterinya. Mangsa, Sunaina, 55, ditembak di kepala dalam kejadian mengejutkan di New Delhi.
Ketika kejadian, Kumar balik ke rumah dalam keadaan mabuk dan ketika isterinya cuba menasihatinya mengenai tabiat buruknya itu, dia telah mendesak isterinya menyediakan hidangan makan malam.
Kumar yang tidak sabar menjadi marah apabila makanan lambat dihidang menyebabkan dia menembak isterinya.
“Lelaki ini mabuk setiap hari manakala isterinya pula sangat kecewa dengan keadaan suaminya,’’ kata polis yang menyiasat kes berkenaan.
Keganasan rumah tangga menjadi jenayah utama yang dilaporkan berlaku ke atas wanita di India sejak sedekad lalu.
Pada 2015, sebanyak 327,000 kes dilaporkan terhadap wanita.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor