Datin Sri Diraja Dato’ Sri Hajjah Junaini Kassim menerima anugerah sebagai Pengetua Cemerlang Gred Khas Jusa C
pada 10 Julai 2017.
Datin Sri Diraja Dato’ Sri Hajjah Junaini Kassim, isteri
kepada Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri
Diraja Adnan Yaakob menerima anugerah Tokoh itu pada Majlis Apresiasi
Pendidikan Daerah Kuantan 2017 daripada Menteri Besar.
Datin Sri Diraja Dato’ Sri Hajjah Junaini Kassim dilahirkan di Bentong, Pahang pada 19
September 1958. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian di
Universiti Malaya pada tahun 1980. Kemudian, beliau memperoleh Diploma
Pendidikan di Universiti Malaya pada tahun 1981.
Beliau dianugerah gelaran Dato’ pada tahun 2003. Pada tahun
2014, beliau sekali lagi dianugerah Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah
Pahang (S.S.A.P) yang membawa gelaran
Dato’ Sri.
Pengalaman beliau sebagai pengetua bermula di SMK Tengku
Afzan, Kuantan (2008-2011). Seterusnya di SMK Tg. Panglima Perang Tg Muhammad,
Kuantan (2011-2014). Kemudian di SMK Pelindung (2015- sekarang).

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor