Pages

Saturday, June 17, 2017

[KUANTAN] RAMPAS 2,800 KARTON ROKOK BERNILAI RM593,600


Rampas 2,800 karton rokok bernilai RM593,600


Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Berapa merampas 2,800 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM593,600.

Timbalan Ketua Polis Marin Wilayah Tiga, Superintendan Mohamad Pajeri Ali berkata, pihaknya bertindak selepas mendapat maklumat awam mengenai lori yang membawa muatan rokok seludup berkenaan.

Menurutnya, unit risikannya berjaya menahan sebuah lori satu tan yang mencurigakan di Jalan Lama Jabor dekat Cheneh kira -kira jam 1.30 pagi semalam.

"Pasukan kita mengejar lori terbabit dan mengarahkan pemandu menghentikan lori.

"Bagaimana pun,pemandu enggan berbuat demikian sebelum mengubah haluan menyebabkan lorinya terhumban ke dalam parit dan melarikan diri ke ladang kelapa sawit," katanya pada sidang media hari ini.

Mohamad Pajeri berkata, hasil siasatan yang dilakukan mendapati beberapa kotak coklat di bahagian belakang lori dipercayai rokok seludup.

"Rampasan keseluruhan bernilai RM673,600 termasuk lori.

"Kami percaya sindiket itu didalangi individu tertentu dan bekalan rokok adalah untuk pasaran tempatan,"katanya.

Dalam pada itu katanya, hasil semakan semula terhadap nombor pendaftaran lori mendapati lori itu adalah lori curi.

Kes disiasat di bawah kesalahan Akta Eksais dan Akta Kastam 1967 Seksyen 135 (1)(e).


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor