Majlis Lafaz Ikrar Dan Menandatangan Ikrar Bebas Rasuah
Kerajaan Negeri Pahang diadakan di Wisma Sri Pahang.
Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob yang
mengetuai Majlis Lafaz Ikrar Dan Menandatangan Ikrar Bebas Rasuah Kerajaan
Negeri Pahang berkata majlis diadakan dengan penuh penghayatan daripada
kepimpinan kerajaan negeri Pahang.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad kerana sudi
hadir di Majlis itu.
Datuk Dzulkifli Ahmad menghargai Kerajaan Negeri Pahang
memberi komitment dan kerjasama dalam usaha membersihkan negara dari gejala rasuah
dan berharap menjelang tahun 2020, negara akan bebas sepenuhnya daripada gejala
rasuah dan salahguna kuasa dan rakyat negara ini berani untuk menolak sebarang gejala rasuah.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor