Kekeliruan berikutan penggunaan naskhah al-Quran keluaran syarikat sama untuk program wakaf yang dijalankan individu atau kumpulan tertentu tanpa kebenaran memberi kesan kepada penganjur program wakaf al-Quran secara sah.
Antara organisasi yang terkesan dalam isu ini termasuk Ade Azhar Trading Sdn Bhd.
Pengarah Urusan dan Operasinya, Mohd Nizam Khan Md Yusoff berkata, kecurangan terhadap amanah wakaf itu didalangi individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab dan bukan dari wakil syarikat mereka.
Menurutnya, disebabkan penggunaan naskhah al-Quran keluaran sama, pihaknya turut terpalit sehingga dituduh menipu dan ada wakil syarikat hampir bergaduh dengan pihak yang meragui usaha mereka itu.
“Syarikat kami menjalankan program seumpama ini secara sah namun dipercayai ada pihak lain turut menjalani program yang hampir sama menggunakan al-Quran serupa kerana mendapatkan bekalan daripada syarikat percetakan sama,” katanya.
Katanya, pihaknya juga mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (Jaip) bagi menjalankan aktiviti tersebut selain turut dilaksanakan di Selangor.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor