Pages

Tuesday, June 13, 2017

EKSPERIMEN UBAH SUAI MERCUN BOLA MAKAN DIRI


Eksperimen ubah suai mercun bola makan diri


Kota Bharu - Eksperimen mengeluarkan belerang mercun bola yang diletakkan dalam besi akhirnya memakan diri apabila seorang lelaki hancur tiga jari kiri dalam kejadian di Kampung Kutan tengah, Pasir Mas di sini.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa Wan Rodzi Wan Abdullah, 46, dikatakan bermain mercun seorang diri di hadapan rumahnya.

“Saya beli mercun bola ini dah lama. Pada mulanya saya saja-saja nak cuba ubah suai mercun bola ini dan keluarkan belerangnya dan letak dalam besi serta masukkan sumbu lain. Kemudian nyalakan mercun itu.

“Semasa saya sedang mencucuh sumbu mercun itu, ia meletup secara tiba-tiba dan menyebabkan tiga jari termasuk ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu hancur,” katanya.

Wan Rodzi kini menerima rawatan susulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk tindakan lanjut dan akan menjalani pembedahan.

“Saya serik dan tidak akan lagi bermain mercun ekoran cubaan saya ini menyebabkan saya hancur tiga jari dan menyukarkan untuk saya bekerja,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor