Pages

Tuesday, May 23, 2017

TUJUH BERANAK TINGGALKAN RUMAH SEWA


'Saya tak mahu menyusahkan orang lain...'


Alor Gajah - "Saya harap perpindahan kami sekeluarga di rumah sewa lain akan memberi sinar baru untuk kami," kata ibu tunggal yang kisahnya menjadi tular di laman sosial, Mazuin Jasmi, 37 di Kampung Telok Belanga, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah.

Mazuin berkata, dalam kesedihan dan kebingungan memikirkan rumah baharu, selepas dihalau tuan rumah, dia bersyukur ada pihak yang tidak dikenali datang menghulurkan bantuan dan membantu mencari rumah sewa lain dalam tempoh beberapa jam sehingga berjaya menjumpai sebuah rumah sewa di Taman Rebana Ayer Molek, Alor Gajah dengan kadar sewa RM250 sebulan.


Mazuin mengemas barang-barang sebelum keluar berpindah di rumah sewa baharu.


Menurutnya, dia tidak sanggup lagi dimarahi tuan rumah berkenaan termasuk anak-anaknya yang turut terkena tempias dimarahi dan menganggap apa yang berlaku sebagai satu dugaan dalam membesarkan anak-anak berusia 14 tahun hingga 8 bulan selepas ditinggalkan suaminya yang juga bukan warganegara Malaysia.

Katanya, dia juga meminta maaf dan tidak sangka kisahnya itu menimbulkan kemarahan pelbagai pihak sedangkan dia sendiri tidak tahu pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkenaan memuat naik kisahnya di laman sosial sehingga menjadi tular.

"Saya tak tahu dan tak minta kisah saya diviralkan, dan rumah sewa ini sebenarnya untuk sementara sahaja sebab ketika itu saya begitu terdesak dengan masalah rumah tangga dan kasihan anak-anak tak ada rumah jadi saya duduk juga rumah itu.

"Saya harap masyarakat tidak menghukum saya, tapi berilah saya sokongan untuk meneruskan kehidupan di rumah sewa baru agar anak-anak juga lebih terjaga dan selesa," katanya.

Mazuin berkata demikian ketika dilawati Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar di sini, semalam.

Sementara itu Latipah berkata, dia turut menasihati Mazuin supaya lebih memberi penekanan dalam penjagaan anak-anak dan tidak membiarkan anak-anaknya keluar rumah tanpa pengawasan yang boleh membawa kepada tindakan di bawah Akta Kanak-kanak atas kecuaian dan pengabaian ke atas anak-anaknya.


Latipah ketika melawat Mazuin dan anak-anaknya petang tadi.


Sinar Harian semalam menyiarkan mengenai keperitan dan kesusahan Mazuin tujuh beranak yang tinggal di sebuah rumah yang serba kekurangan dan hanya bergantung kepada pendapatan sebagai tukang potong ayam.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor