Pages

Monday, May 29, 2017

[KUANTAN] SEDEKAH KEPADA RAKAN, JIRAN


Sedekah kepada rakan, jiran


Makanan yang tidak habis dijual akan disedekahkan kepada rakan-rakan atau jiran.

Itu antara dilakukan segelintir peniaga bazar Ramadan bagi mengelak pembaziran.

Khairul Anuar Abas, 41, berkata, hasil jualan yang tidak habis tidak akan dibuang, sebaliknya disedekahkan kepada orang lain.

“Saya akan dapat pahala dan bantu orang lain menikmati makanan yang mungkin tidak dibeli pada hari tersebut,” katanya yang berniaga di Jalan Beserah sejak lima tahun lalu.

Penjual kuih muih di Bazar Jalan Stadium, Rohani Che Ahmad, 45, pula berkata, dia memberikan kuih-muih yang tidak habis dijual kepada rakan-rakan peniaga di bazar itu.

“Saya berikan kepada mereka yang berniaga sama di sini, jadi bolehlah mereka makan ketika berbuka,” katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Vivi Sumanti Abdul Rahman berkata, dia tidak menetapkan sebarang had ketika berbelanja di bulan Ramadan.

Perunding kecantikan berusia 44 tahun itu berkata, dia akan mengikut selera ahli keluarganya dan memastikan makanan dibeli berbaloi dengan harga serta rasanya.

Berbeza dengan Mohd Razi Yusof, 43, yang hanya berbelanja RM20 sehari ketika membeli di bazar.

Katanya, dia hanya membeli kuih-muih dan makanan sampingan kerana isterinya akan memasak juadah utama ldi rumah.

“Lebih baik berjimat cermat kerana banyak lagi duit nak guna menjelang Syawal nanti,” kata penjawat awam itu.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor