Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memperuntukkan RM70,000 kepada pengurusan masjid dan surau di kawasan pentadbirannya bagi mengimarahkan Ramadan tahun ini.
Yang Dipertuanya, Datuk Fadzilla Salleh berkata, 66 masjid dan 159 surau menerima RM350 dan RM250 untuk mengadakan program.
Menurutnya, sumbangan itu adalah sebagai tanggungjawab sosial selain mengeratkan lagi silaturahim antara pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dengan masyarakat setempat.
“Kita harap sumbangan ini dapat membantu pengurusan masjid dan surau untuk mengimarahkan bulan keberkatan ini dengan pengisian aktiviti yang bermanfaat kepada masyarakat setempat
“Dalam masa sama, secara tidak langsung sumbangan itu dapat meringankan beban pengurusan masjid dan surau sebagai persediaan mengadakan aktiviti keagamaan sepanjang bulan mulia itu,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan Ramadan kepada masjid dan surau, di sini.
Dalam pada itu, Fadzilla berkata, pihaknya akan mengadakan program berbuka puasa dan solat tarawih yang membabitkan warga MPK bersama pelajar sekolah, maahad tahfiz dan anak-anak yatim terpilih.
“MPK turut menempatkan juadah berbuka puasa disumbangkan oleh peniaga bazar Ramadan di setiap bazar,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor