Kuala Lumpur - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) merampas jam tangan disyaki tiruan dan serbuan di Lorong Haji Taib, dekat sini, semalam.
Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, Wan Mhd Yusof W Taib berkata, serbuan hasil maklumat dan aduan awam ini dibuat kira-kira jam 11 pagi.
Menurutnya, dua buah premis telah diserbu dan pihaknya telah merampas pelbagai jam tangan berjenama disyaki tiruan sebanyak 16,641 utas.
"Rampasan melibatkan G-Shock (14,091 utas, Baby-G (2,390 utas), Casio (80 utas) dan Edifice (80 utas).
"Dianggarkan kesemua rampasan bernilai RM499,230," katanya.
Beliau berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada pekerja kedua-dua buah premis terbabit bagi membantu siasatan.
Katanya, siasatan awal dapati premis yang telah beroperasi sejak beberapa tahun itu tidak menjual barang tersebut secara runcit.
Malah, dipercayai jam tangan tersebut diperolehi dari negara China sebelum dipasarkan di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor