Pages

Saturday, May 20, 2017

KERAJAAN SEDIA HULUR BANTUAN KEPADA NGO


Najib Tun Razak


Kuala Lumpur - Kerajaan amat menghargai usaha badan bukan kerajaan (NGO) membantu masyarakat tanpa mengharapkan sebarang balasan dan bersedia menghulurkan bantuan sama ada dari segi kewangan ataupun dalam bentuk infrastruktur kepada NGO atau pertubuhan sukarelawan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pertubuhan sukarelawan yang berdaftar boleh memohon bantuan kewangan dalam bentuk geran melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti geran pentadbiran, rangsum, pembaikan dan elaun khas murid Orang Kurang Upaya (OKU).

"Kerajaan juga ada menyediakan bantuan khas pembendaharaan iaitu bantuan kewangan diagihkan kepada NGO bagi tujuan pelaksanaan program pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

"Badan sukarelawan yang berdaftar juga boleh memohon untuk pengecualian cukai," katanya dalam catatan blog www.najibrazak.com semalam.

Beliau berkata kerajaan menggalakkan lebih banyak NGO ditubuhkan supaya tiada golongan kurang bernasib baik terlepas daripada perhatian kerajaan.

Najib berkata kerajaan juga berharap agar dapat bekerjasama secara langsung dengan NGO supaya lebih banyak program kebajikan dapat dilaksanakan.

"Jumlah penduduk di Malaysia kini sudah melebihi 32 juta orang. Adalah mustahil bagi kerajaan dan agensi berkaitan kerajaan untuk menjaga kebajikan setiap penduduk.

"Sebab itulah wujudnya badan bukan kerajaan iaitu NGO, pertubuhan sukarelawan yang tidak mengambil apa-apa keuntungan dalam menjaga kebajikan golongan yang kurang bernasib baik seperti gelandangan, warga emas, anak yatim dan lain-lain," katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor