Oregon - Seorang lelaki yang berlumuran darah membawa kepala ibunya yang dipenggal sebelum menikam seorang pekerja di sebuah kedai, kelmarin.
Menurut laporan KTLA 5, pekerja lain sempat menahan lelaki berkenaan sebelum menikam lebih ramai mangsa.
Suspek, Joshua Lee Webb, 36 akan disiasat atas dakwaan membunuh dan cubaan membunuh.
Joshua didakwa membunuh ibunya, Tina Marie Webb, 59 selepas mayat mangsa ditemui oleh saudara maranya.
Anggota polis, Sarjan Nate Thomas mengesahkan kepala yang dibawa oleh Joshua adalah kepala Tina.
Kejadian masih disiasat polis.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor