Teluk Intan – DAP Perak sudah ketandusan idea, tegas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Menurut Zambry, buktinya adalah tindakan pemimpin DAP negeri itu yang suka menyebarkan pembohongan.
Kebanyakan perkara yang dibangkitkan parti itu katanya hanyalah helah bagi memastikan kelangsungan parti itu selain meraih simpati ramai.
Justeru itu katanya, mereka sanggup meneruskan taktik pembohongan asalkan dapat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Mereka ini sudah kekeringan idea dan sudah tidak ada apa-apa isu untuk dimainkan bagi menjatuhkan BN. Maka pembohongan kepada rakyat dilakukan bagi memastikan survival (kelangsungan) politik dan sokongan berterusan," katanya.
DAP sebelum ini dalam laman web rasminya mengeluarkan kenyataan bahawa Perak MB Inc mempunyai potensi menjadi skandal besar jika kerahsiaannya tidak didedahkan.
Menurut Zambry, isu MB Inc yang dibangkitkan DAP bukanlah perkara baru dilakukan oleh pembangkang kerana sebelum ini sudah pelbagai fitnah dilemparkan mereka.
"Mereka sanggup melakukan pembohongan mengenai isu MB Inc tidak kira tempat termasuklah di Dewan Undangan Negeri dan apabila saya mempersoalkan semula kesahihannya mereka mendiamkan diri," katanya.
Dalam pada itu, Zambry turut meminta pembangkang supaya jangan sesekali menggunakan kakitangan awam sebagai alat mereka untuk menyebarkan fitnah.
"Mereka hanya memetik kakitangan awam sebagai sumber mereka namun bila diminta membuktikannya atau mendedahkan pemberi maklumat tersebut, DAP tidak berani lakukannya," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor