Pages

Saturday, April 15, 2017

SUDAH-SUDAHLAH BERTAHAN, KINI MASA UNTUK MENYERANG!


Najib Tun Razak


Shah Alam - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kini sudah tiba masanya bagi mereka yang masih kekal setia bersama BN untuk bangkit.

Menurutnya, parti itu sudah lama berada dalam mode pertahanan dan kini sudah tiba masanya giliran mereka pula menyerang.

“Pembangkang hanya berpegang pada satu prinsip sahaja iaitu ‘íf you cannot convince them, confuse them’ (jika tidak boleh menyakinkan mereka, kelirukan mereka). Taktik kotor mereka amat jelas.

“Jika mereka tidak dapat menyakinkan pengundi agar mempercayai janji-janji kosong atau kata -kata manis, modus operandi adalah untuk mengelirukan rakyat agar menimbulkan ketidakpercayaan serta kemarahan terhadap kerajaan BN.

“Kita sudah lama berada dalam ‘defensive mode’ (mode pertahanan). Cukuplah, tiba masanya untuk kita menyerang!," tulis Pengerusi BN itu dalam blog miliknya.

Sebelum ini, Najib pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan setiap berita atau dakwaan terhadap sesuatu isu disebarkan pembangkang terutama menjelang PRU14 tidak boleh diterima bulat-bulat sebaliknya perlu diselidik terlebih dalulu bagi membuktikan kesahihannya.

Tindakan itu penting bagi mengelak terperangkap dengan agenda pembangkang yang sentiasa mmenanam rasa benci rakyat kepada kerajaan.

Katanya, berita dan dakwaan tidak benar dimainkan pembangkang sebagai modal politik boleh menjejaskan masa depan negara sekiranya rakyat yang termakan dakyah mereka membuat keputusan silap pada PRU akan datang.

Tambah Najib lagi, medan perang kini juga sudah berubah di mana ia tidak lagi berada dalam bentuk fizikal atau bersemuka tetapi menggunakan alam maya atau ruang siber.

“Saya berkeyakinan tinggi para aktivis media sosial kita ini juga akan terus memainkan peranan mempertahan kerajaan dan membantu mengekalkan BN di Putrajaya.

“Bagaimanapun, saya menyeru kepada semua untuk mengelakkan pertelagahan sesama sendiri dan kekal komited kepada perjuangan menegakkan BN.

“Kemudian, kita juga harus memperluaskan lagi rangkaian alam maya agar mesej dapat dikongsi kepada rakyat dapat tersebar lebih luas dan jadikan PRU13 sebagai iktibar dan pengajaran,” katanya lagi.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor