Berang dengan kes kecurian minyak petrol dan komponen motosikal, seorang penduduk Pulau Tioman bertindak menggantung notis amaran pada bahagian belakang motosikalnya.
Motosikal yang diletakkan di kawasan parkir berhampiran laluan pejalan kaki yang menghubungkan Kampung Air Batang dan Kampung Tekek itu menarik perhatian pelancong serta penduduk tempatan yang melalui kawasan itu.
Penduduk Kampung Air Batang, Norhasnita Nazri, 31, yang dihubungi mengakui motosikal itu miliknya dan menjelaskan tindakan itu dibuat selepas minyak motosikalnya kerap dicuri.
Menurutnya, kejadian itu menyusahkannya kerana motosikal itu digunakan untuk menghantar dan menjemput anaknya yang bersekolah di Kampung Tekek.
“Boleh dikatakan hari-hari kena curi, kadang sampai kering, kadang tinggal sedikit. Motor tu hanya guna untuk jemput dan hantar anak ke sekolah, selalu terkena waktu pagi motor mati dalam perjalanan, periksa tangki minyak dah tiada.
“Sebab dah tak tahan, sejak sebulan lalu saya gantung notis amaran tu, setakat ini dah tak berlaku kecurian tetapi motor orang lain ada juga yang kena,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Ketua Kampung Tekek, Zulkarnaini A Hamid, yang dihubungi mengesahkan kejadian kecurian memang ada berlaku dan pernah menangkap individu yang melakukan perbuatan itu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor