Pages

Saturday, April 22, 2017

RAJA BOMOH KENA 'CEKUP' DI HOTEL


Raja Bomoh Kena 'Cekup' Di Hotel


Kuala Lumpur – Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai Raja Bomoh yang menjadi ‘buruan’ polis sebelum ini akhirnya berjaya ditahan di sebuah hotel di Segamat Johor, hari ini.

Harian Metro melaporkan, lelaki yang berasal dari Teluk Intan, Perak dipercayai ditahan kira-kira pukul 2.30 pagi.

Pada 19 Mac lalu, polis meminta Ibrahim tampil memberi keterangan berhubung upacara perbomohan yang dilakukannya, konon untuk ‘memagar’ Malaysia daripada ancaman negara asing khusus Korea Utara.

Tindakan Ibrahim itu mengundang pelbagai reaksi masyarakat setempat yang rata-rata menyifatkan perbuatannya itu bertentangan dengan ajaran Islam sekaligus merosakkan imej agama Islam.

Ia bukan kali pertama Ibrahim menarik perhatian umum apabila beberapa hari selepas insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac 2017, dia bersama pengikutnya tampil dengan dakwaan mampu membantu pihak berkuasa untuk mengesan pesawat malang itu.

Teknik perbomohannya melibatkan penggunakan buah kelapa dan batang buluh, pada awalnya dianggap sebagai melucukan sebelum dikecam orang ramai.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor