Pages

Sunday, April 2, 2017

KIT SIANG HANYA MAHU PERDAYA MELAYU: UMNO


Ismail Sabri


Shah Alam - Penasihat DAP, Lim Kit Siang hanya mahu memperdayakan orang Melayu sekiranya beliau melantik calon Melayu bagi menyandang jawatan pengerusi Pakatan Harapan.

Ini kerana menurut Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Ismail Sabri, tidak ada sebab pemimpin DAP itu meletakkan kaum lain pada kedudukan tinggi, sedangkan partinya mendominasi Pakatan Harapan.

"Kit Siang jangan cuba perlekeh dan perdaya minda orang Melayu terhadap hakikat sebenar iaitu Pakatan Harapan dikuasai dan dimiliki oleh DAP.

"Kita semua tahu bahawa DAP adalah sebuah parti yang didominasi oleh kaum Cina dan Kit Siang tidak pernah memberi ruang kepada kaum Melayu," katanya dalam kenyataan hari ini.

DAP memiliki 38 kerusi Parlimen dan 96 kerusi Dun, manakala PKR pula memiliki 27 kerusi Parlimen dan 48 kerusi Dun.

Dalam masa sama, Amanah memiliki 6 kerusi Parlimen dan 7 Dun dan Bersatu pula hanya memiliki satu kerusi Parlimen dan 2 kerusi Dun.

Beliau juga meminta menyandang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan sekiranya beliau mahu membuktikan Pakatan Harapan sebenarnya bukan Pakatan Ali Baba.

"Jikalau Lim Kit Siang melantik seorang Melayu menyandang jawatan pengerusi Pakatan Harapan maka ternyata ini adalah satu muslihat untuk perdaya pengundi-pengundi Melayu.

"Orang Melayu perlu sedar, Kit Siang mahukan undi orang-orang Melayu sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya.

"Selepas itu, Kit Siang akan mengunakan kuasa Putrajaya untuk memerintah sehingga ke anak cucu. Seorang diktator tetap akan jadi seorang diktator," katanya lagi.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor