Johor Bahru – Polis Johor menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes mengeluarkan kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Institusi Diraja Johor, hari ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor kira-kira jam 11.14 pagi tadi.
“Pada 1 Mac lalu, polis menerima laporan mengenai kenyataan jelik yang dimuatnaik terhadap Sultan Johor menerusi laman sosial Facebook.
“Hasil siasatan lanjut, seorang lelaki berusia 44 tahun yang dipercayai bertanggungjawab memuatnaik kenyataan itu ditahan di IPK Johor hari ini,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sebelum itu, seorang lelaki berusia 26 tahun dan seorang wanita 40 tahun turut ditahan, semalam bagi membantu siasatan berhubung kes mengeluarkan kenyataan jelik dan membuka akaun Facebook palsu sebagai keraja Diraja Johor.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor