Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) hari ini berkata, semua pengguna kenderan perlu memasukkan nombor pengenalan diri (PIN) enam angka mereka ketika membuat transaksi di terminal pembayaran luar.
Dalam satu kenyataan, ia berkata, mulai sekarang semua terminal pembayaran luar di stesen petrol telah dipertingkat untuk menggunakan kemasukan PIN apabila membuat pembayaran dengan kad debit, kredit, caj dan prabayar.
"Pemegang kad yang tidak menggantikan kad berasaskan tanda tangan atau tidak memilih atau terlupa PIN, dinasihat untuk pergi ke kaunter pembayaran di stesen petroul untuk membuat pembayaran," kata ABM.
Mulai 1 Julai 2017, tandatangan tidak lagi diterima sebagai pengesahan untuk pembayaran yang dibuat dengan kad kredit, debit, caj dan prabayar.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen PIN dan Bayar, orang ramai boleh melayari www.pinandpay.com.my dan mereka juga boleh menghubungi hotline ABMConnect melalui 1-300-88-9980 atau layari www.abm.org.my.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor