Afrika - Seorang wanita selamat melahirkan bayi perempuannya pada ketinggian 42,000 kaki ketika berada di dalam pesawat Turkish Airlines pada Jumaat lalu.
Sebaik berlepas, Nafi Diaby yang mengandung 28 minggu pada ketika itu mengadu sakit bersalin.
Pramugari serta beberapa penumpang pesawat Boeing 737 yang dalam perjalanan dari Guinea ke Burkino Fazo membantu menyambut kelahiran bayi perempuan yang dinamakan sebagai Kadiju, lapor ITV.
Ibu serta bayi berada dalam keadaan baik dan dibawa ke hospital sebaik pesawat mendarat di Burkina Faso.
"Krew kabin mendapati salah seorang penumpang bernama Nafi Diaby, yang mengandung 28 minggu mengalami sakit bersalin," petik kenyataan Turkish Airlines.
Syarikat penerbangan itu berkongsi gambar anak-anak kapal yang menyambut kelahiran bayi itu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor