Pages

Friday, March 31, 2017

TIGA MANGSA CULIK ABU SAYYAF MAHU SERTAI APMM


Tiga mangsa culik Abu Sayyaf mahu sertai APMM


Putrajaya – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyambut baik hasrat tiga individu mangsa culik Bot Tunda Serudong Tiga oleh kumpulan Abu Sayyaf untuk menyertai agensi itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, pengambilan ketiga mangsa, Fandy Bakran,27, Mohd Jumadil Rahin,24, dan Mohd Ridzuan Ismail 33, boleh dibuat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) atau kemasukan menerusi Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) melalui kerahan tenaga.

"Segala kepentingan mereka ini sentiasa diberi keutamaan dan setara dengan penjawat awam yang lain mengikut kaedah-kaedah sedia ada.

"Pengambilan mereka ke dalam agensi ini akan memberi kelebihan kerana mereka mempunyai kepakaran dalam ilmu kelautan, mahir dikawasan perairan Sabah Timur, mahir berkomunikasi dalam bahasa tempatan serta berpengetahuan luas mengenai keadaan cuaca dan selok-belok keluar masuk perairan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pihaknya juga percaya ketiga mangsa dapat memberi sumbangan dalam aspek-aspek tertentu berkaitan operasi penguatkuasaan maritim.

"Ia sudah tentu akan memberi manfaat kepada negara dan rakyat di negara ini.

"Kami akan memastikan tindakan susulan dibuat dengan segera bagi memastikan kesemua prosedur dapat dilaksanakan dengan sempurna. Buat masa ini kesemua mangsa berada dalam keadaan sihat dan sedang mendapat rawatan oleh Pegawai Perubatan di Hospital Selayang," katanya lagi.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor