Pengguna Jambatan Pulau Pinang ‘disajikan’ dengan satu fenomena alam luar biasa apabila belalai air atau pusaran angin muncul bersebelahan laluan itu, kira-kira jam 6 petang, semalam.
Menurut beberapa saksi, fenomena itu berlaku dalam tempoh hanya lima minit.
Meskipun ia hanya berlaku sekejap, namun fenomena itu menarik perhatian pengguna sehinggakan ramai sanggup memberhentikan kenderaan di laluan kecemasan.
Seorang saksi, Nasrul memberitahu, selepas fenomena itu, hujan lebat pula berlaku.
“Saya tergamam kerana pertama kali melihat fenomena berkenaan dan syukur ia hanya seketika sebelum hujan lebat,” katanya kepada BH Online.
Menerusi satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, belalai air ini tidak membawa bencana memandangkan akan hilang apabila menghampiri permukaan darat.
Bagaimanapun ia boleh mendatangkan bahaya kepada bot dan kapal-kapal kecil ketika fenomena berlaku.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor