Sebuah syarikat, Dragon Fruit Nursery (DFN) yang membekalkan peralatan pertanian serta baja yang dipelopori oleh dua beranak, Mohd Azmeer Khan Ahmad Khan, 29 yang diilhamkan oleh ayahnya, Ahmad Khan,62 telah berjaya mencipta satu mesin membaja dan pada masa yang sama dapat menyiram pokok.
Sebuah syarikat, Dragion Fruit Nursery (DFN) yang membekalkan peralatan pertanian serta baja yang dipelopori oleh dua beranak, Mohd Azmeer Khan Ahmad Khan, 29 yang diilhamkan oleh ayahnya, Ahmad Khan, 62, berjaya mencipta satu mesin membaja dan pada masa yang sama dapat menyiram pokok.
Lebih menarik lagi, mesin yang diberi nama Viscon Agro yang dibangunkan dengan kerjasama Syarikat Viscon Prestigious Discovery Sdn Bhd mampu menghasilkan hasil tanaman yang cukup banyak dan lumayan buat syarikat berbanding mesin yang sedia ada.
Mohd Azmeer berkata mesin-mesin yang sedia ada hanya menggunakan separuh automatik di mana mesin yang digunakan, pengguna perlu set masa dengan sendiri dan penggunaan baja menggunakan gayung ataupun bekas yang mengukur ikut meter yang memerlukan tenaga kudrat manusia untuk melakukannya
“Jadi, saya dan mengambil keputusan untuk mencipta satu mesin yang digerakkan menggunakan sistem automatik sepenuhnya.
“Dengan ini, kita tidak perlu bekerja sepertimana kita menggunakan mesin half auto..kita hanya menggunakan teknologi yang hanya boleh dipantau dan digerakkan melalui internet dan phone,”katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor