Pages

Friday, March 10, 2017

PM LANCAR EKSPEDISI KE7B KUTUB UTARA 2017




PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Ekspedisi KE7B Kutub Utara 2017 di Perdana Putra di sini, yang bakal melakar satu lagi sejarah kejayaan anak Malaysia di peringkat antarabangsa. 

Ekspedisi kelolaan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) itu akan disertai tiga penjelajah negara yang juga ikon sukan lasak iaitu Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, 35; Mohd Irwan Yusoff Abdullah, 37; dan Shahrom Abdullah, 37; akan memulakan penjelajahan mereka pada 13 April depan. 

Ekspedisi berkenaan yang akan mengambil masa 11 hari dijangka membabitkan penjelajahan berski sejauh 111 kilometer dengan menarik beban seberat kira-kira 70 kilogram, bermula dari Stesen Barneo ke Titik Kosong Darjah Kutub Utara. 

Perdana Menteri ketika berucap melancarkan ekspedisi itu, mahu rakyat Malaysia meletakkan sasaran yang tinggi untuk mencapai sesuatu dan bersemangat tidak mudah menyerah kalah demi negara. 

"Saya kagum dengan daya juang yang ditunjukkan saudara semua dan mudah-mudahan ekspedisi ini akan menjadi rangsangan terutama kepada orang muda bahawa dalam hidup ini, kita perlu hadapi pelbagai cabaran," katanya.



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor