Program Permotoran Tanpa Sempadan anjuran Kelab Permotoran Pahang dengan kerjasama Group Event Budak Kereta Geng Kita (BKGK) yang akan diadakan Mei nanti dijangka mendapat penyertaan 1,500 jentera dengan penglibatan 5,000 peserta.
Presidennya, Mohd Rafie Ismail berkata, berdasarkan gerak kerja dan kempen yang dijalankan sejak tahun lalu, rekod pendaftaran penyertaan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.
Menurutnya, penyertaan ini nanti diharapkan dapat mempromosikan Negeri Pahang sempena Tahun Melawat Pahang 2017.
"Mega Event Permotoran Pahang 2017 akan diadakan pada 5 hingga 6 Mei ini bertempat di Perkarangan Stadium Tun Abdul Razak Jengka.
Presiden- presiden dan wakil-wakil dari kelab dan komuniti permotoran seluruh Negeri Pahang, turut hadir dalam mesyuarat takljmat Mega Event Permotoran Pahang 2017
Ini merupakan satu program terbesar Negeri Pahang melibatkan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi berkaitan dengan tema "Permotoran Tanpa Sempadan".
"Tujuan utama ialah mendedahkan masyarakat tentang permotoran sebagai aktiviti yang berfaedah jika ia dikendalikan secara betul serta mengikut undang-undang yang telah ditetapkan peserta memperoleh pelbagai manfaat istimewa di samping memenuhi kepuasan masing-masing," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat program tersebut, di sini, baru-baru ini.
Selain itu katanya, program ini nanti akan memberi peluang kepada belia dan anak muda menunjukkan bakat kreatif dalam pengendalian kenderaan masing-masing dan dapat memupuk semangat persahabatan di antara belia dan kelab-kelab kereta.
"Dengan penyertaan seramai itu sudah pasti Bandar Jengka akan mengalami kesesakan pada hari tersebut dan meminta orang ramai dapat memberikan kerjasama sepanjang program berjalan. Ini secara langsung juga memberikan kesan ekonomi yang baik buat peniaga sekitar.
"Oleh itu kami mengharapkan sokongan dari Kerajaan Negeri bagi penganjuran kali pertama ini. Banyan acara dijadualkan berlangsung antaranya pertandingan audio, aksi demo drift, live band, himpunan kelab motor, limbo stance, demo ekzos api dan lighting audioshow," katanya.
Beliau berkata demikian selepas tamat mempengerusikan Mesyuarat dan Taklimat Mega Event Permotoran Pahang yang diadakan di Bilik Seminar, PKG Bandar Pusat di sini.
Ia dihadiri 25 orang presiden dan wakil dari kelab dan komuniti permotoran.
Pada hari kemuncak, 6 Mei akan diadakan pertunjukkan seni silat melayu, car boot sales barangan dan aksesori permotoran dengan jemputan rasmi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob pada jam 5 petang.
Tarikh tutup bagi pengesahan peserta himpunan kelab dan komuniti permotoran adalah sebelum atau pada 15 April ini.
Sementara penyertaan masih dibuka bagi yang ingin menyertai pertandingan antara kategori dipertandingkan adalah Proton Standard Modified, Perodua Standard Modified, Open Standard Modified, Open JDM, Open Extreme, MPV/Van Open, Proton Modified, Perodua Modified, Open Modified, Open VIP, Olskool, Open 4x4, Audio PA Standard/Modified, Audio Open, Audio Design, dan Lighting.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor