Pages

Sunday, March 12, 2017

[LIPIS] RAHSIA PUSAT INETRNET TERBONGKAR

Rahsia pusat internet terbongkar




Sebanyak 125 komputer riba dirampas Majlis Daerah Lipis (MDL) dalam operasi perjudian siber dan hiburan tanpa lesen di premis kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah ini, tahun lalu.

Turut dirampas server, modem, monitor, papan kekunci, tetikus dan pelbagai peralatan video permainan ikan yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM100,000.

Dalam operasi sama pada Januari tahun ini, dua peralatan permainan video ‘wukong’, dua mesin slot dan sebuah alat permainan video ikan berjaya dirampas.

Setiausaha MDL, Mohd Pauzi Abu Hussain berkata, pihaknya memandang serius kegiatan perjudian yang menggunakan modus operandi di pusat internet tersorok di tingkat atas dan belakang premis yang beroperasi tanpa lesen di sekitar kawasan itu.

“Kita turut rampas banyak peralatan video permainan ikan, iaitu kegiatan baru berunsur perjudian dan hiburan tanpa lesen sejak Mac tahun lepas hingga Januari tahun ini membabitkan golongan remaja.

“Pemilik komputer berkenaan licik berselindung sebagai pusat internet tetapi menjalankan kegiatan yang menyalahi peraturan Seksyen 21 (1) Enakmen Hiburan 1993 di bawah peraturan PBT,” katanya.

Menurutnya, menerusi intipan dan maklumat orang ramai, MDL dengan kerjasama polis menjalankan operasi di premis haram yang menjalankan aktiviti perjudian internet.

"Peralatan dirampas kini disita dan di tempatkan di bilik sitaan penguat kuasa MDL sementara menunggu denda dibayar antara RM2,000 hingga RM4,000 oleh pemilik berkenaan.

“Kita akan melakukan operasi pemusnahan peralatan berkenaan dalam masa terdekat ini kerana pemilik gagal menuntut dalam tempoh sebulan,” katanya.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor