Pages

Monday, March 13, 2017

LEE CHONG WEI JUARA ALL ENGLAND

Lee Chong Wei



DATUK Lee Chong Wei berjaya menewaskan pemain muda China, Shi Yuqi 21-12, 21-10 pada pentas akhir Seluruh England di Arena Barclaycard, Birmingham, sebentar tadi.

Keputusan ini sekali gus menyaksikan Chong Wei berjaya menamatkan penantian tiga tahunnya untuk meraih kejuaraan terbabit setelah kali terakhir menang pada 2014.

Chong Wei sudah tiga kali menjuarai Seluruh England iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2014.

Dengan empat kemenangan selaku pemain perseorangan lelaki di Seluruh England, Chong Wei kini menyamai pencapaian yang pernah dilakar legenda badminton negara, mendiang Datuk Eddy Choong yang meraih kejuaraan sama pada 1953, 1954, 1956 dan 1957.

Penyokong Malaysia dan tempatan juga tidak putus-putus memberi sokongan kepada Chong Wei sehingga tamat perlawanan.

"Terima kasih kepada semua peminat, ini kali pertama saya melihat begitu ramai orang (penyokong) di final. All England adalah kejohanan kegemaran saya.

Ya (saya mahu beraksi di All England tahun depan)," kata Chong Wei selepas tamat perlawanan.





No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor