Kuala Lumpur – Korea Utara pun berhak untuk menghalau Duta Malaysia dan mengisytiharkannya sebagai “persona non grata”!
Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Korea Utara berhak berbuat demikian kerana Malaysia melakukannya.
“Malaysia berhak untuk menghalau Duta Korea Utara dan menghisytiharan beliau “Persona Non Grata”.
“Begitulah juga sebaliknya kepada Korea Utara yang berhak untuk menghalau Duta Malaysia dan mengisytiharkannya sebagai “persona non grata”,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mat Sabu dalam pada itu mengingatkan rakyat Malaysia bahawa rakyat Korea Utara turut menerima akibat daripada krisis yang berlaku tersebut.
Justeru, katanya, Malaysia mesti mendapatkan bantuan negara asing untuk menjadi orang tengah di atas krisis yang timbul.
Kata beliau. perundingan perlu dilakukan secara tertutup dan tidak perlu dihebahkan sehingga krisis diplomatik itu diselesaikan.
PAN merupakan sekutu politik kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibawah Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan menandatangani perjanjian kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor