Kuala Lumpur - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menerima tiga aduan berkaitan salah laku pengguna media sosial atau 'netizen' yang mensensasikan isu diplomatik hubungan Malaysia dan Korea Utara.
Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari berkata, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah diarahkan menyiasat kesemua aduan itu termasuk akaun Facebook yang menyebarkan gambar yang disunting berkaitan isu tersebut.
"Kita telah terima aduan dan sedang melakukan siasatan," katanya ketika ditemui Bernama di lobi Parlimen, hari ini.
Jailani juga mengingatkan orang ramai terutama pengguna laman sosial supaya tidak menjadi "batu api" dengan menularkan bahan-bahan yang boleh mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua negara dalam isu terkini.
"Sekarang kita tak mahu orang jadi macam 'nasi tambah' dalam isu ini... biarkan kerajaan dan pihak berkuasa uruskan.
"Jangan gunakan media sosial untuk tularkan benda bukan-bukan dan akan menimbulkan kemarahan ramai termasuk pihak Korea Utara," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor