Pages

Wednesday, March 29, 2017

[JENGKA] PESARA GURU DIRAI PENUH MERIAH


NAZIAH AHMAD


Dua pesara guru dirai dalam satu majlis perpisahan gilang-gemilang, 'Sanjungan Budi Kilauan Bakti' di Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Jengka 6 di sini, dengan kehadiran Adun Chenor, Datuk Mohamed Ariffin Awang Ismail, hari ini.

Guru Besar Naziah Ahmad berkata, sambutan tersebut diadakan bagi meraikan persaraan

Guru Penolong Kanan Pentadbiran Mohd Amin Abd Rahman dan Guru Pendidikan Islam, Zabidah Mat Amin.

Menurutnya, kedua-dua mereka berkhidmat selama 31 tahun dan memilih untuk bersara pilihan pada usia 56 tahun.

"Sempena program ini tiga ekor lembu ditumbangkan buat hidangan santapan warga sekolah dan para jemputan. Seekor daripadanya sumbangan Pejabat Adun Chenor. Program ini melibatkan guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah serta penduduk kampung di Felda Jengka 6.

"Ketibaan yang diraikan kami sambut dengan perarakan dan persembahan silat. Semua yang dilakukan adalah sebagai simbolik mempamerkan betapa setiap individu amat menghargai pengorbanan guru-guru sebagai pendidik," katanya di dewan sekolah tersebut, di Felda Jengka 6, di sini.

Sementara itu, yang diraikan, Mohd Amin, 56, berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 6 pada 1 Januari 1984 sebelum menyambung tugas ke SK Tanjung Gahai, Kuala Lipis sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Seterusnya beliau menyambung perkhidmatan di SK Jengka 21, SK Jengka 5 dan mula berkhidmat di SK LKTP Jengka 6 pada 16 Jun 2011.

"Saya rasa tugas harian saya lebih sibuk berbanding masa masih bertugas di sekolah tetapi menyeronokkan. Seawal pagi melihat anak-anak dan cucu-cucu. Apabila anak-anak kerja dan cucu ke rumah pengasuh baharulah boleh melakukan tugas sendiri. Rasa amat seronok dapat lakukan aktiviti yang kita nak buat. Lepas ni boleh berkawan dengan orang kampung dan sebagainya.

"Ada seorang pegawai pesan kepasa saya, cikgu wang saguhati gunakan dengan berhemah. Sebab apabila cikgu pencen, setiap hari adalah hari cuti. Memang saya ingat lagi kata-kata pegawai bank tersebut. Ya saya akui, maklumlah kita berjalan, berbelanja dan menjalani aktiviti tanpa had. Kalau tak berhemah. Habislah...," katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor