Jakarta - Kerajaan dan Dewan Rakyat Indonesia kelmarin, bersetuju untuk menaikkan harga haji tahun ini kepada 34.9 juta rupiah (RM11,590), lebih tinggi daripada tahun lalu iaitu 34.6 juta rupiah (RM11,490).
Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Agama Dewan Rakyat, Ali Taher Parasong berkata, peningkatan harga bertujuan meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah seperti makanan dan khemah.
"Oleh kerana mereka akan menetap di Arab Saudi selama 41 hari berbanding 40 hari sebelumnya, perlu ada peningkatan dalam peruntukan makanan.
"Berdasarkan pemantauan musim haji tahun lalu, kerajaan bersetuju memudahkan jemaah dengan 5,330 khemah dilengkapi dengan pendingin hawa dan kipas," katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Kementerian Agama di Jakarta Selatan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor