Pages

Saturday, March 25, 2017

BERGANTUNG PADA GPS BOLEH ROSAKKAN SEL OTAK?


GPS


Zaman teknologi menyaksikan bagaiamana manusia terlalu bergantung pada alatan elektonik, contohnya penggunaan alat Sistem Pengesanan Global (GPS) dalam mencari jalan ke sesuatu tempat.

Satu kajian dibuat di mana para saintis mengkaji kesan penggunaan terlalu bergantung harap pada alat GPS ini kepada otak dan mendapati mereka yang sering menggunakannya akan mematikan bahagian otak yang digunakan untuk kemahiran navigasi.

Kajian tersebut diterbitkan dalam sebuah jurnal ‘Nature Communication’ di mana para penyelidik mendapati otak berfungsi dengan aktif apabila seseorang itu menggunakan segala kemahiran navigasi sewaktu mencari lokasi tertentu.

“Apabila kita mempunyai teknologi memberitahu ke mana arah yang harus dituju, bahagian-bahagian otak tidak akan bertindak-balas dengan keadaan sekeliling.

“Keupayaan untuk peka terhadap alam sekeliling telah hilang kerana terlalu bergantung harap pada gps,” kata penyelidik daripada Jabatan Psikologi Experimen, Universiti London College, Hugo Spiers.

Tambah Spiers lagi, penggunaan gps yang kerap juga mempunyai kesan jangka panjang dimana pengguna akan sukar untuk melalui jalan-jalan yang biasa dilalui tanpa menggunakan bantuan tersebut.

Sementara itu, seorang lagi penyelidik dari Universiti Kent, Amir Homayoun-Javadi berkata, tidak salah jika menggunakan GPS namun ada batasnya.

“Tidak dinafikan GPS amat membantu namun penggunaannya harus mempunyai batasan, individu seharusnya lebih memahami keadaan sekeliling,” katanya.

Lanjutan daripada kajian para saintis juga mendapati rangkaian jalan raya di seluruh dunia menunjukkan betapa mudahnya untuk dinavigasi tanpa menggunakan GPS.

“Contohnya seperti bandar Manhattan di New York yang mempunyai susun atur dan grid yang mudah untuk dihafal serta kebanyakkan persimpangannya hanyalah bergerak lurus, pusing kiri atau kanan,” terang penyelidik.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor