Pages

Friday, March 17, 2017

BERATUS AISKRIM BERTARABUR ATAS JALAN RAYA


Beratus aiskrim bertaburan atas jalan raya


Alor Gajah - Beratus-ratus aiskrim pelbagai perisa bertaburan di atas jalan setelah sebuah lori yang membawa muatan itu terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan lain di Kilometer 208 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), awal pagi ini.

Dalam kejadian lebih kurang jam 5 pagi, pemandu lori berusia 43 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan, namun setiba di tempat kejadian dia gagal mengelak sebuah treler yang membawa muatan kayu yang berhenti di lorong kecemasan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata, dalam kejadian itu pemandu lori aiskrim berkenaan terlanggar sisi kanan treler sebelum terbalik di lorong tengah lebuh raya.

"Dalam tempoh beberapa minit selepas kemalangan itu, sebuah van keselamatan dari arah yang sama gagal mengelak lalu melanggar lori aiskrim tersebut.

"Kejadian itu juga menyebabkan pemandu dan kelindan hadapan van tersepit manakala seorang lagi pengawal keselamatan di bahagian belakang terperangkap, selain kelindan lori aiskrim juga mengalami kecederaan namun pemandu lori aiskrim tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Kerja-kerja menyelamatkan mangsa dilakukan seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah dan kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor