Pages

Sunday, March 19, 2017

[BENTONG] KESAL INDIVIDU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SALAH GUNA GAMBAR


Kesal individu tidak bertanggungjawab salah guna gambar


Seorang wanita kesal terdapat individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak dikenalinya itu telah menyalahgunakan gambarnya di laman media sosial.

Fan Pei Lan, 35 berkata individu yang menggelar dirinya sebagai Lim Siew Hui menerusi aplikasi WeChat telah menggunakan gambarnya sesuka hati yang diambil melalui Facebook dirinya. 

Menurutnya, dia pada mulanya tidak mengetahui perkara tersebut namun seorang rakannya memaklumkannya.

"Di dalam akaun WeChat tersebut, terdapat banyak sekali gambar saya, gambar staf saya, dan gambar wanita yang memalukan sebahagian daripada gambar tersebut terdapat gambar wanita tidak berpakaian.

"Selain itu, ayat dari momen dan posting saya di Facebook dan WeChat saya turut disalin dan dimuat naik ke dalam akaun WeChat tersebut.

"Saya tidak tahu apa tujuan individu tersebut menggunakan gambar dan post saya dan perkara ini saya perlu hentikan dengan segera," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Dalam pada itu, Pei Lan berkata akibat daripada tindakan tidak bertanggungjawab tersebut, dirinya pernah menerima ugutan daripada seseorang yang tidak dikenalinya

"Baru-baru ini saya menerima satu mesej di dalam Facebook saya yang telah memarahi saya kerana mengganggu suaminya sedangkan saya langsung tidak berbuat demikian dan tidak kenal pun suaminya itu.

"Saya juga membuat laporan polis kerana sudah tidak tahan dengan individu tersebut yang telah terlalu lama menggunakan gambar saya sejak dari bulan 5 tahun lepas sehinggalah sekarang," katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor