Pages

Saturday, March 4, 2017

BANJIR DI ROMPIN KEMBALI BURUK


Banjir baru


Banjir di Rompin kembali buruk malam tadi apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 125 orang daripada 34 keluarga berbanding 99 orang daripada 28 keluarga petang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusof berkata, sebuah lagi pusat pemindahan sementara dibuka petang ini iaitu di Balai Raya Kampung Rekoh, selepas Balai Raya Kampung Setajam yang mula beroperasi sejak kelmarin.

"Di Kampung Setajam, jumlah mangsa kekal 99 orang daripada 28 keluarga manakala di Kampung Rekoh, seramai 26 mangsa daripada enam keluarga kini ditempatkan di balai raya di situ," katanya semasa dihubungi di sini, semalam.

Bagaimanapun, Zainal mengesahkan setakat ini tiada jalan di Rompin yang ditutup akibat banjir.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor