Pages

Friday, February 3, 2017

TUAH PENTERNAK... UDANG KRAI INI DIJUAL RM126,066


12-Sekitar-Majlis-Minum-Teh-Rai-Perkahwinan-Keith-Foo-Isteri-ROTIKAYA


Bangkok – Seorang penternak berusia 28 tahun, Kanokphum Siriwat mendapat tuah apabila seekor udang krai yang dibiaknya yang dijual dengan dengan harga 1 juta baht (RM126,066).

Harga itu sekali gus menjadikan udang krai bertompok coklat ini yang diternanya di daerah Kamphaeng Saen di wilayah Nakhon Pathom muncul sebagai udang hiasan termahal di Thailand.

Udang bercorak unik itu dilaporkan berjaya dijual kepada seorang pemilik restoran makanan laut, Prathan Lianpanich di daerah yang sama, pada Isnin lalu.



Udang yang diberi nama Cha Khun Chang ini dikatakan sudah berusia enam bulan.

Menurut Kanokphum, dia awalnya menolak tawaran Prathan sebanyak dua kali dalam tempoh tiga bulan lalu apabila pemilik restoran itu menawarkan 500,000 baht (RM63,073) untuk membeli udang berkenaan.

Pun begitu, akhirnya dia menjual udang tersebut kepada Prathan selepas lelaki itu bersungguh menawarkan dengan harga 1 juta baht sebelum Tahun Baharu Cina.

Selain itu, Kanokphum turut menghadiahkan ahli perniagaan itu seekor udang betina yang mempunyai kira-kira 300 anak.

Sementara itu, Prathan memberitahu udang tersebut jarang ditemui dan dia kagum dengan corak serta warnanya yang unik.

Antara alasan dia sanggup membeli dengan harga yang tinggi kerana dia percaya udang itu mampu memberi tuah kepada perniagaan restorannya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor