Pages

Wednesday, February 1, 2017

SELEPAS ENAM HARI, AKHIRNYA ATIKAH PULANG


Selepas enam hari, akhirnya Atikah pulang


Johor Bahru - Seorang gadis yang dilaporkan hilang selama enam hari selepas keluar bekerja pada 27 Januari lalu telah pulang ke pangkuan keluarga pagi tadi.

Kepulangan Nur Atikah Mohd Sharin, 21, ke pangkuan ibu bapanya adalah sesuatu yang amat menggembirakan buat pasangan, Mohd Sharin Mahmood,50, dan isterinya, Suraya Ngadiran,50, apabila anak tunggal mereka kembali dalam keadaan selamat.

Sinar Harian difahamkan, selepas dihantar bapanya ke tempat kerja, datang seorang lelaki membawa Nur Atikah pergi sebelum dia dijumpai seorang wanita dalam keadaan kebingungan di sebuah pasar raya di Kulai.

Sepanjang enam hari dalam jagaan wanita itu, Nur Atikah berada dalam keadaan separuh sedar sebelum wanita itu mendapat maklumat mengenai berita kehilangan gadis berkenaan seperti yang disiarkan media.

Susulan maklumat disiarkan media, Nur Atikah telah dibawa ke balai polis. Pihak polis kemudiannya menghubungi sepupu gadis berkenaan bagi tujuan pengecaman oleh keluarga dan akhirnya kembali semula ke pangkuan ibu bapanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor