Pages

Thursday, February 23, 2017

[ROMPIN] ‘TENGOK-TENGOK BUMBUNG DAH TIADA'


‘Tengok-tengok bumbung dah tiada’


“Masa kejadian saya dalam bilik air, lepas tu saya dengar bunyi kuat, bila saya keluar tengok bumbung ruang tamu dah tiada,” kata seorang penduduk Kampung Sabak Feri, Azhar Ahmad, 45.

Azhar berkata, kejadian ribut kira-kira jam 11.30 pagi 12 Februari lalu itu menyebabkan bumbung rumahnya terjejas.

“Sebelum ni tak pernah jadi macam ni...tiba-tiba saja angin kuat datang sampai tercabut bumbung.

“Saya keluar bilik air, tengok-tengok bumbung dah tiada, saya tak fikir panjang terus suruh anak-anak keluar sebab bimbang kalau ada bumbung lain pula yang jatuh timpa kami.

“Tapi saya bersyukur...tiada benda yang tak elok jadi pada kami,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Menurutnya, akibat kejadian itu, ruang tamu rumahnya akan basah setiap kali hujan.

“Bila air hujan dah masuk, saya risau pula kena wayar elektrik, kan bahaya...jadi buat sementara waktu ni saya balut wayar dengan plastik.

“Saya sedang bincang untuk baiki bumbung rosak ini, insya-ALLAH ia akan dibaiki selepas ambil kira kos dan wang sumbangan yang diperoleh, kalau boleh memang nak baiki cepat-cepat, sebab bimbang kalau perkara yang tak diingini berlaku,” katanya.

Dia ditemui ketika menerima kunjungan dan penyerahan bantuan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) Rompin, Muhammad Nabil Mohamad Fauzi, semalam.

Sementara itu, Muhammad Nabil berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa dan bantuan telah diluluskan.

“Kita dah pun terima laporan mengenai kejadian ini daripada mangsa sendiri sehari selepas kejadian. Semoga bantuan yang diluluskan ini dapat meringankan beban untuk baiki bumbung rosak itu,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor