Pages

Friday, February 3, 2017

[ROMPIN] DILANDA ANGIN KUAT KETIKA NYENYAK TIDUR


Dilanda angin kuat ketika nyenyak tidur


Penduduk Kampung Tambang, di sini, dikejutkan dengan kejadian angin kuat bersama hujan lebat awal pagi tadi ketika mereka sedang nyenyak tidur sedangkan kejadian sedemikian belum pernah berlaku di kampung itu.

Dalam kejadian sekitar jam 4 pagi itu, empat buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan di bahagian bumbung selepas kepingan atap diterbangkan angin sekali gus bocor menyebabkan bahagian dalam dibasahi hujan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sarang Tiong, Nizam Abdullah, berkata, seorang mangsa telah menghubunginya pagi tadi bagi memaklumkan kejadian yang menimpa mereka.

Beliau bersama ahli JKKK dan penduduk segera pergi membuat tinjauan untuk bertanya khabar dengan mangsa selain melihat kerosakan bumbung yang dialami mangsa sebelum melaporkannya kepada agensi kerajaan terlibat.

“Hasil tinjauan yang dilakukan pada tadi, saya dapati ada rumah yang rosak agak teruk dan sederhana. Saya seterusnya minta tuan rumah membuat laporan polis dan mereka telah berbuat demikian,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Selain itu, beliau juga saya juga telah memanjangkan laporan kepada kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rompin, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) Rompin, serta Pejabat Penghulu Mukim Endau.

Nizam berkata, penduduk masih terkejut kerana belum pernah kejadian seumpama itu berlaku di kampung itu manakala jumlah kerugian masih dalam siasatan dan tindakan selanjutnya akan dibincangkan bersama pihak berkenaan termasuk tuan rumah.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor