Pages

Wednesday, February 22, 2017

REMAJA BUNUH BUDAK 10 TAHUN GARA-GARA DIEJEK


Remaja Bunuh Budak 10 Tahun Gara-Gara Diejek


Akibat sering diejek kerana hidup miskin, seorang remaja lelaki bertindak nekad membunuh rakannya yang berusia 10 tahun di Dusun Margorejo, Kurungan Nyawa, Pesawaran, Lampung, Indonesia.

Mangsa, Anisa Putri Amelia ditemui dalam keadaan mengerikan oleh penduduk setempat selepas dipercayai dibunuh rakannya sendiri hanya disebabkan mangsa sering mengejek kehidupan suspek yang miskin.

Tribunnews melaporkan, suspek yang berusia 14 tahun itu adalah jiran mangsa dan merupakan peniaga kecil aksesori seperti gelang kanak-kanak selepas habis waktu sekolah.





Suspek dalam pengakuannya menjelaskan punca pembunuhan adalah bermotifkan dendam selepas mangsa dipercayai ejek suspek dan ayahnya sebagai sebuah keluarga miskin selain berminat dengan seutas rantai tangan milik mangsa.

Dia dikatakan mahu memiliki rantai tangan tersebut kerana mahu membeli motosikal.

Pada hari kejadian, suspek yang menggunakan nama MK itu tidak ke sekolah kerana mahu mencari tebu.

“Saya bawa pisau kerana mahu cari tebu,” katanya yang menjumpai Anisa selepas selesai mencari tebu.

Selepas suspek menumpang tandas di rumah mangsa, dia mengajak Anisa ke rumahnya yang terletak berdekatan bagi mengambil gelang yang ingin dibeli mangsa.

Ketika sampai di hadapan rumahnya, suspek telah memegang dan mengacukan pisau ke arah mangsa.

“Anisa tertusuk pisau secara tidak sengaja kerana meronta melihat pisau yang saya acukan, saya tidak menikamnya dan pisau itu saya acukan hanya untuk menakutkannya. Kerana dia bergerak, tubuhnya terkena pisau saya,” kata suspek.

Suspek yang panik dan takut akhirnya mengheret mangsa ke seberang sungai bagi menghilangkan jejak pembunuhan yang tidak disengajakan itu.

Difahamkan, mangsa masih hidup sebelum ditinggalkan di kawasan semak dan suspek bertindak memukul muka mangsa dengan batu sehingga mati.

Mangsa ditemui dengan empat kesan tikaman iaitu tiga di tangan dan satu dada kiri serta muka yang cedera.

Jenazah Anisa selamat dikebumikan dan keluarga mahu hukuman sewajarnya dikenakan terhadap suspek walaupun usianya masih muda.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor