Pages

Monday, February 27, 2017

[RAUB] 30 TAHUN PENGANJURAN PERTANDINGAN MENGENAL BURUNG BUKIT FRASER


Image result for Pertandingan mengenal burung bukit fraser 2017



25.2.017 – Kerajaan Negeri Pahang dibawah ‘Tourism Pahang’ (Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser) telah mengadakan Pertandingan Mengenal Burung Peringkat Antarabangsa buat kali ke 30 pada tahun ini.

Acara yang lebih dikenali dengan ‘Fraser’s Hill International Bird Race’ ini julung kalinya diadakan pada tahun 1988 dan diadakan secara konsisten juga merupakan acara pelancongan yang paling lama diadakan.

Pegawai Daerah Raub, YH. Dato’ Hamdan Hussin dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana pada kali ini berjaya menganjurkan pertandingan yang penyertaannya sangat menggalakkan dengan disertai oleh sebanyak 105 pasukan. 20 dari luar negara dan 85 penyertaan domestik.

Antara penyertaan luar negara adalah dari UK, Netherlands, Taiwan, Japan, Nepal, Thailand, Philipines, Cambodia, Singapore, Canada, South Africa, USA, France dan Hong Kong. Sementara penyertaan domestic termasukjlah dari negeri-negeri Sabah, Sarawak, Selangor, Perak, Negeri Sembilan serta tuan rumah Pahang.

Selain itu, Dato’ Hamdan juga merakamkan kebangaannya dengan penganjuran acara ini selaras dengan pengenalan daerah Raub ini sebagai daerah destinasi eko-pelancongan negeri yang mana selain dari memiliki resort-resort dan destinasi berasaskan eko-pelancongan, ia juga terkenal sebagai ‘gerbang’ laluan merentasi Banjaran Titiwangsa dari Lata Lembik ke Ulu Slim, Perak.

Beberapa buah projek homestay juga sudah didaftar dan dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia seperti Homestay Kg. Sg, Pasu dan Homestay Kg. Peruas yang menawarkan pelbagai aktiviti pelancongan desa.

Beliau berharap agar destinasi-destinasi eko-pelancongan ini dapat dijaga dengan baik agar akan dapat kekal dan jadi asset pelancongan yang berkekalan. 




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor