Johor Bharu - Polis sedang memburu individu yang membuat kenyataan palsu tentang penemuan bayi di Jalan Besar Rengit, Batu Pahat, dekat sini, pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata kenyataan itu yang disertakan dengan beberapa keping gambar penemuan bayi telah menjadi tular di laman sosial Facebook dan WhatApps.
Katanya, berdasarkan siasatan yang dilakukan, kes itu didapati tidak pernah wujud.
"Cuma, pada pukul 11.50 pagi Khamis itu, polis ada menerima maklumat orang awam tentang penemuan satu tabung derma di dalam parit serta sehelai baju pengawal keselamatan yang sudah terbakar di atas benteng parit, berhadapan sebuah kedai makan di Jalan Besar Rengit.
"Berikutan maklumat itu, dua anggota polis diarah ke tempat kejadian dan mendapati memang betul terdapat tabung derma yang bertulis 'Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Batu Pahat.'
"Polis kemudian membawa tabung dan baju terbabit ke Balai Polis Rengit,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Abdul Wahib juga berharap orang ramai lebih peka dan tidak mempercayai perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan sebarang maklumat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor