Shah Alam - Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Bukit Bintang di Kuala Lumpur, Hassan Saad berpendapat peniaga online dan konvensional saling memerlukan.
Ini kerana menurut beliau, perniagaan online diguna sebagai nilai tambah kepada perniagaan konvensional.
"Memang trend perniagaan online tumbuh bagai cendawan selepas hujan, tetapi perniagaan konvensional masih memenuhi keperluan.
"Saya setuju perniagaan online diguna sebagai nilai tambah kepada perniagaan konvensional," katanya menerusi Wacana Sinar Harian Siri ke-44, ‘Perniagaan 'Online' Bunuh Perniagaan Konvensional' di Auditorium, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini, semalam.
Menurutnya lagi, meskipun rancak menggunakan kaedah online, peniaga tetap perlu menggunakan papan iklan untuk menjual produk.
"Peniaga lama memang susah terima trend baharu kerana cara dan kaedah berbeza.
"Namun kita kena tahu, tidak semua industri perniagaan boleh dibuat secara online. Meskipun rancak di online, tetap guna iklan di papan iklan juga akhirnya," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor