Madrid - Apabila mendengar sahaja perkataan muzium, tentu anda terbayangkan bangunan lama yang dipenuhi dengan artifak dan barang bersejarah yang diletakkan di dalam kotak kaca serta kisah-kisah seram di bangunan tersebut.
Museo Atlantico yang terletak di Pulau Lanzarote berhampiran dengan Pantai Bahia de las Coloradas tampil dengan idea berbeza apabila ia menjadi muzium pertama di yang berada di bawah laut lapor vitdaily.
Mengambil masa tiga tahun untuk proses pembinaan, ia baru sahaja dirasmikan pada 10 Januari lalu dan bahan pamerannya terdiri daripada 300 arca yang diukir oleh pengukir arca berbangsa British, Jason deCaires Taylor.
Tujuan utama muzium ini dibina di bawah air adalah untuk memberikan peringatan kepada orang ramai mengenai isu pemanasan global dan pencemaran alam sekitar.
Cara untuk melawat muzium ini?
Tentulah dengan menyelam!
Oleh itu jangan lupa masukkan destinasi muzium ini sewaktu melawat Sepanyol nanti.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor