Program konvoi bermotorsikal Semarak Chenor 2017 yang memulakan perjalanan dari Chenor sehingga ke Port Dickson baru-baru ini, telah pun menamatkan acara dengan jayanya.
Pengerusi program Saiful Rrizal Mohamed Arifin berkata, program anjuran Kelab Belia Kampung Jengka Batu 13 dan Belia Prakarsa Terbilang Chenor ini diadakan pada 18 dan 19 Februari lalu bersama tetamu kehormat Adun, Datuk Mohamed Arifin Awang Ismail.
Menurutnya, seramai 90 belia dengan 50 jentera motorsikal serta 11 kereta menyertai program tersebut.
"Program ini adalah program santai dua hari satu malam yang bermatlamatkan setiakawan. Setiap peserta tahu peranan masing-masing dalam memupuk semangat setiakawan serta bekerja di dalam kumpulan di samping merapatkan silaturahim antara satu sama lain dan juga pemimpin setempat," katanya.
Sementara itu, Mohamed Arifin pula berkata, beliau menyambut baik program sebegini kerana dapat merapatkan lagi ukhuwah persaudaraan antara belia di bawah Dun Chenor.
Beliau juga berharap agar program sebegini dapat diteruskan di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor