Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat sedikit pagi ini kepada 2,100 orang daripada 583 keluarga berbanding 2,096 orang daripada 582 keluarga, malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri, Zainal Yusoff berkata daerah Pekan merekodkan peningkatan mangsa daripada 1,481 orang (411 keluarga) kepada 1,485 orang (412 keluarga).
"Ia diikuti Maran orang 436 (123 keluarga), Kuantan 141 orang (38 keluarga) dan Bera 38 orang (10 keluarga).
Sebanyak, 35 pusat pemindahan sementara masih beroperasi iaitu 20 di Pekan, Maran (13) dan masing-masing satu di Bera dan Kuantan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor