Kuala Lumpur - Kira-kira 600 pengguna motosikal sekitar Wangsa Maju menerima manfaat pengisian minyak percuma anjuran Pemuda MyPPP Wilayah Persekutuan semalam.
Program bermula jam 8 malam itu dikhaskan untuk motosikal berkapasiti 150 cc ke bawah sahaja.
Salah seorang pengguna motosikal OKU, Raju, 70, berkata, inisiatif berkenaan amat bermakna buatnya meskipun nilai yang sedikit.
"Terima kasih BN kerana belanja minyak motosikal saya untuk kegunaan beberapa hari nanti," katanya.
Hadir pada program berkenaan, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohammad Rafii dan Ketua Pemuda MyPPP Wilayah Persekutuan, Meshach Jv.
Mohd Razlan berkata, program seumpama itu akan diselaraskan di setiap parlimen pada setiap 1 haribulan bermula April.
"Kita faham penggunaan minyak kereta lebih tinggi namun pengguna motosikal juga merasa terbeban. Namun tidak kira harga minyak naik atau turun, program ini akan dibuat berterusan setiap bulan," katanya.
Program berkenaan mensasarkan kira-kira 1,000 motosikal bagi setiap parlimen di Wilayah Persekutuan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor