Pages

Tuesday, February 7, 2017

[KUANTAN] SIDANG MEDIA FRASER'S HILL INTERNATIONAL BIRD RACE 2017





Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang dalam meraikan Tahun Melawat Pahang 2017 akan menganjurkan acara Fraser's Hill International Bird Race 2017 yang akan diadakan untuk kali ke 30.

Acara ini merupakan acara tahunan Tourism Pahang di Bukit Fraser semenjak tahun 1988 lagi. Secara umumnya, Bukit Fraser merupakan salah sebuah lokasi melihat burung berprestasi tinggi yang terdapat di Pantai Timur dimana lebih 250 spesis burung telah direkodkan menghuni di kawasan tanah tinggi ini.

Hadir pada November dan Disember setiap tahun, kawasan tanah tinggi Bukit Frase ini telah menerima pelbagai spesis pendatang baru yang terdiri daripada burung migrasi yang terbang dari seluruh tempat sejauh Siberia Utara Rusia dan rangkaian pulau di utara Jepun.

Penghijrahan burung secara berkumpulan dan besar-besaran ini adalah disebabkan bagi melarikan diri daripada musim sejuk yang melanda kawasan utara sekaligus menyukarkan spesis ini mendapatkan makanan. Kebiasaannya, spesis burung penghijrah ini akan tinggal sekitar Bukit Fraser untuk beberapa bulan sebelum berhijrah learah Selatan Australia dan New Zealand.

Fraser's Hill International Bird Race 2017 sebenarnya merupakan satu pertandingan santai berkonsepkan `explorace' dimana setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta yanga kan mencari, mengenal dan mencatatkan seberapa banyak spesis burung yang ditemui di kawasan yang ditetapkan.

Setiap kumpulan akan dibekalkan buku log dan buku maklumat burung. Masa yang diperuntukan bagi pertandingan ini adalah selama 24 jam. pasukan yang berjaya mencatat jumlah spesis burung paling banyak akan dinobatkan sebagai pemenang.

Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu Advance, Novice dan Student dan diadili oleh para penimbangtara iaitu `Arbitrator' yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini.

Fraser's Hill International Bird Race 2017 secara tidak langsung dapat mempromosikan Bukit Fraser kepada peminat burung tempatan dan luar negara sebagai salah satu destinasi burung terbaik di malaysia.






No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor